Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru.